
| LEBIH BERKAT
- Tertunai kewajipan berzakat yang menjadi rukun Islam ketiga
- Zakat diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan
- Pahala amal jariah yang berterusan & berkekalan
- Zakat diagihkan untuk kepentingan umat Islam
- Zakat membersihkan jiwa dan harta
|

| LEBIH MUDAH
- Anda hanya perlu membuat arahan potongan gaji dan pembayaran zakat akan diuruskan oleh majikan kepada Lembaga Zakat Selangor
- Tidak perlu bersesak di jalanraya atau di kaunter zakat
- Tidak mengalami masalah tempat meletak kereta yang terhad
Selain mengisi borang secara manual, skim berkat kini boleh dibuat menerusi portal LZS. Sila isi maklumat anda pada borang maya tersebut. Seterusnya, 3 salinan dicetak untuk simpanan pembayar dan 2 salinan lagi untuk pihak majikan dan LZS, sila serahkan kepada Bahagian Sumber Manusia ataupun Unit Gaji.
|

| TIDAK MEMBEBANKAN
- Tidak perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar sekali gus untuk membayar zakat
- Mengeluarkan wang secara ansuran lebih meringankan dan tidak begitu dirasai
- Bagi anda yang layak dikenakan PCB, anda tidak memerlukan sumber wang yang lain untuk menunaikan zakat kerana anda boleh membuat pelarasan atau memindahkan sebahagian daripada potongan PCB anda kepada zakat
|

| PANDUAN PENYERTAAN SKIM BERKAT - (PEMOHON)
|
|
| 
|
|
|
| 
|
|
|

| PANDUAN PENYERTAAN SKIM BERKAT - (MAJIKAN)
|
|
| 
|
|
|
| 
|
|
|
| 
|
No comments:
Post a Comment