Saturday, December 26, 2009

Kunta Kinte: Jangan jadi macam budak jaga kambing


Aset, rahsia tentera perlu dipertahan daripada penderhaka khianat

DALAM kolum ini, Kunta Kinte ada buat cadangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) guna balik jet pejuang F-5E Tiger yang sudah disimpan dalam stor lebih 10 tahun.

Kunta Kinte kata janganlah cepat sangat nak beli kapal terbang baru pasal mahal dan ekonomi negara dalam keadaan yang lemah.


Lagipun, jet F-5E yang kita simpan tu masih diguna oleh banyak lagi tentera udara, termasuk dari negara maju dan kaya raya macam Amerika Syarikat dan Switzerland sebagai pesawat penggempur dan pelatih.

Duduk tak duduk, minggu lalu surat khabar kita siar berita kata sebuah enjin pesawat itu dah 'dicuri' dan 'dijual.' Macam biasa, sibuklah orang yang berkuasa dan bertanggungjawab buat alasan dan janji itu dan ini.

Duduk tak duduk, sebuah enjin jadi dua. Kemudian bukan saja enjin yang hilang, barang ganti pun hilang juga. Bukan sebuah enjin atau dua enjin yang jadi soal. Bukan kapal terbang simpan atau kapal terbang aktif. Dan bukan harga RM1 atau RM50 juta.

Soalnya ialah, macam mana anggota tentera yang kita gelar perwira boleh jadi pencuri, pengkhianat dan penderhaka?

Jangan main-main, dalam undang-undang negara kita, kesalahan khianat dan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.


Ingat lagi empat anggota al-Ma'unah yang digantung sampai mati pada 2006 atas tuduhan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dengan mencuri senjata tentera dan memberontak pada Julai 2000?

Waktu itu, bos politik dan bos tentera dah berjanji, bersumpah tentera tidak akan cuai lagi sampai senjata disamun oleh penjahat. Sekarang penjahat dan pencuri dari dalam selimut sendiri. Apa nak kata?

Apa yang mereka buat dengan 'pencuri' enjin kapal terbang itu? Mereka buang kerja atau suruh bersara awal. Aduhai, macam tak ada apa-apa yang buruk berlaku. Tak ada perbicaraan tentera (court martial). Habis hebat pun siasatan dalaman dan tindakan disiplin.

Selalunya orang macam ini dikenakan 'court martial' atau setidak-tidaknya pun diserah kepada polis, ditangkap, disiasat dan dihadapkan ke mahkamah awam. Yang kita dengar, lepas berita ini meletup barulah mereka sibuk cerita fasal laporan dan siasatan polis.

Kunta Kinte nak tanya dengan ikhlas. Di mana kita orang Melayu dan Islam nak letak muka? Anggota tentera kita majoritinya Melayu. Komander pun Melayu. Tak cukup dengan itu, ada pula Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat). Ketua Kor Agama bila pencen ramai jadi menteri.

Dulu kala pegawai dilatih di Akademi Tentera Sandhurst di England, negeri orang kafir. Dulu ada yang minum arak dan joli. Sekarang arak dah haram dan masjid serta surau ada di semua kem tentera. Tapi anggota tentera jadi pencuri, pengkhianat dan penderhaka.

Apa nak jadi dengan kita atau dah jadi dengan kita, dengan keselamatan negara kita, maruah orang Melayu dan agama Islam?

Ini bukan kisah seekor kerbau yang bawa lumpur. Kerbau haiwan. Tak ada otak. Kerbau yang jahat boleh disebat atau disembelih. Ini kisah manusia. Bukan sembarangan manusia, tetapi manusia berpakaian seragam yang diberi amanah, tanggungjawab dan sanjungan. Apa yang mereka buat? Mereka mengkhianati amanah, tanggungjawab dan sanjungan kita.

Tak payah banyak cakaplah. Tak payahlah nak cari alasan dan tuduh orang itu dan ini. Mengaku saja yang satu perkara sangat buruk dan menjijikkan sudah terjadi. Ambil tindakan tegas. Bos-bos yang tidur dalam tugas tu pun mengaku sajalah dan minta maaf kepada rakyat jelata.

Kunta Kinte tak mahu suruh mereka letak jawatan pasal ini tidak akan berlaku. Orang kita bila dia dapat jawatan, dia peluk sampai mati atau sampai ditolak pengundi. Dia tak akan lepas walaupun dia gagal jalankan tugas. Ini sikap feudal orang kita. Mereka ingat itu hak turun-temurun mereka.

Jadi Kunta Kinte kata, tak kira bos politik, bos tentera, bos polis atau Peguam Negara tak payahlah cakap dan janji banyak lagi. Macam ini sajalah. Siapa yang makan cabai, bukan saja mulut dia akan rasa pedas. Perut dia pun akan rasa pedas dan bila buang air besar, saluran najis turut rasa pedih. Apatah lagi kalau makan cili padi dengan tempoyak berulamkan petai. Pedas ada, busuk pun ada.

Kunta Kinte takut satu saja. Ini yang kita tahu. Apa halnya dengan aset dan kelengkapan tentera yang lain? Apa halnya dengan maklumat dan rahsia ketenteraan? Nak curi enjin kapal terbang susah sebab benda itu besar dan orang nampak. Tapi maklumat dan rahsia negara?

Tolonglah fikir. Jangan cakap saja nanti orang tak percaya macam budak jaga kambing yang suka menjerit serigala, serigala, serigala!


Wednesday, December 23, 2009

Sel Data X AFATS - Kerjasama brader sekalian amat diperlukan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera brader sekalian...

Minta kerjasama dari skot sekalian di mana brader Sarizan@Joe yg kini bertugas di MINDEF department Veteran ATM (sel data X AFATS) memerlukan data brader sekalian.

Tujuan data ini diperlukan adalah untuk mengemaskini semua data-data pengambilan AFATS.
Sila berikan data-data yang diperlukan seperti berikut:

  1. No. AFATS
  2. Nama Penuh
  3. Alamat
  4. Email
  5. Waris
  6. No. Tel
Sila emailkan kepada alamat ahmadsarizansani@yahoo.com.my

Terima kasih atas kerjasama brader sekalian.

Wassalam

535380 Sarizan@Joe

WHAT REALLY KILLED RANJAN DAS ( 42 ), FORMER CEO OF SAP INDIA ?






Ranjan Das Passed Away on Wednesday, 21-October-2009



SAP India CEO Ranjan Das Dies After Gym Workout
Ranjan Das, CEO and MD of SAP Indian subcontinent
died after a massive cardiac arrest in Mumbai on Wednesday.
One of the youngest CEOs, he was 42



Carried : Wednesday, 11-November-2009
What killed Ranjan Das and Lessons for Corporate India

A month ago, many of us heard about the sad demise of Ranjan Das from Bandra, Mumbai. Ranjan, just 42 years of age, was the CEO of SAP-Indian Subcontinent, the youngest CEO of an MNC in India. He was very active in sports, was a fitness freak and a marathon runner. It was common to see him run on Bandra's Carter Road. Just after Diwali, on 21st Oct, he returned home from his gym after a workout, collapsed with a massive heart attack and died. He is survived by his wife and two very young kids.

It was certainly a wake-up call for corporate India. However, it was even more disastrous for runners amongst us. Since Ranjan was an avid marathoner ( in Feb 09, he ran Chennai Marathon at the same time some of us were running Pondicherry Marathon 180 km away ), the question came as to why an exceptionally active, athletic person succumb to heart attack at 42 years of age.

Was it the stress?

A couple of you called me asking about the reasons. While Ranjan had mentioned that he faced a lot of stress, that is a common element in most of our lives. We used to think that by being fit, one can conquer the bad effects of stress. So I doubted if the cause was stress.


The Real Reason

However, everyone missed out a small line in the reports that Ranjan used to make do with 4-5 hours of sleep. This is an earlier interview of Ranjan on NDTV in the program 'Boss' Day Out': Boss' Day Out: Ranjan Das of SAP India.


Here he himself admits that he would love to get more sleep ( and that he was not proud of his ability to manage without sleep, contrary to what others extolled ).

The Evidence

Last week, I was working with a well-known cardiologist on the subject of ‘Heart Disease caused by Lack of Sleep’. While I cannot share the video nor the slides because of confidentiality reasons, I have distilled the key points below in the hope it will save some of our lives.


Some Excerpts:


· Short sleep duration ( <5 or 5-6 hours ) increased risk for high BP by 350% to 500% compared to those who slept longer than 6 hours per night. Paper published in 2009. As you know, high BP kills.


· Young people ( 25-49 years of age ) are twice as likely to get high BP if they sleep less. Paper published in 2006.


· Individuals who slept less than 5 hours a night had a 3-fold increased risk of heart attacks. Paper published in 1999.


· Complete and partial lack of sleep increased the blood concentrations of High sensitivity C-Reactive Protein (hs-cRP), the strongest predictor of heart attacks. Even after getting adequate sleep later, the levels stayed high!!


· Just one night of sleep loss increases very toxic substances in body such as Interleukin-6 (IL-6), Tumour Necrosis Factor-Alpha (TNF-alpha) and C-reactive protein (cRP). They increase risks of many medical conditions, including cancer, arthritis and heart disease. Paper published in 2004.


· Sleeping for <=5 hours per night leads to 39% increase in heart disease. Sleeping for <=6 hours per night leads to 18% increase in heart disease. Paper published in 2006.


Ideal Sleep

For lack of space, I cannot explain here the ideal sleep architecture. But in brief, sleep is composed of two stages: REM ( Rapid Eye Movement ) and non-REM. The former helps in mental consolidation while the latter helps in physical repair and rebuilding. During the night, you alternate between REM and non-REM stages 4-5 times.


The earlier part of sleep is mostly non-REM. During that period, your pituitary gland releases growth hormones that repair your body. The latter part of sleep is more and more REM type.


For you to be mentally alert during the day, the latter part of sleep is more important. No wonder when you wake up with an alarm clock after 5-6 hours of sleep, you are mentally irritable throughout the day (lack of REM sleep). And if you have slept for less than 5 hours, your body is in a complete physical mess ( lack of non-REM sleep ), you are tired throughout the day, moving like a zombie and your immunity is way down ( I’ve been there, done that ).


Finally, as long-distance runners, you need an hour of extra sleep to repair the running related damage.


If you want to know if you are getting adequate sleep, take Epworth Sleepiness Test below.

Interpretation: Score of 0-9 is considered normal while 10 and above abnormal. Many a times, I have clocked 21 out the maximum possible 24, the only saving grace being the last situation, since I don’t like to drive ( maybe, I should ask my driver to answer that line ).

In conclusion:

Barring stress control, Ranjan Das did everything right: eating proper food, exercising ( marathoning! ), maintaining proper weight. But he missed getting proper and adequate sleep, minimum 7 hours. In my opinion, that killed him.
If you are not getting enough sleep ( 7 hours ), you are playing with fire, even if you have low stress.

I always took pride in my ability to work 50 hours at a stretch whenever the situation warranted. But I was so spooked after seeing the scientific evidence last week that since Saturday night, I ensure I do not even set the alarm clock under 7 hours. Now, that is a nice excuse to get some more sleep.

Unfortunately, Ranjan Das is not alone when it comes to missing sleep. Many of us are doing exactly the same, perhaps out of ignorance. Please forward this mail/article to as many of your colleagues/friends as possible, especially those who might be short-changing their sleep. If we can save even one young life because of this email, I would be the happiest person on earth.

Monday, December 21, 2009

Masalah Perbankan Terbaru... hati-hati semua

Minggu lepas seorang sahabat saya di Seremban dirompak RM 7500 melalui penipuan perbankan internet oleh perompak yang menggunakan komputer sebagai senjata.

Pada mulanya dia dihubungi melalui telefon mengatakan dia ada menggunakan kad kredit yang dia tidak pernah pohon dan perlu dibuat tindakan segera untuk mengelakkan tindakan undang-undang. Dia diyakinkan kemudian dengan panggilan dengan nombor dari Bank Negara. Dia menalipon semula nombor Bank Negara tersebut dan mendapati ianya dijawab oleh operator elektronik Bank Negara.

Apabila dia yakin nombor tersebut memang nombor Bank Negara dia menghubungi semula pemanggil pertama yang menggunakan talian talipon bimbit. Pemanggil pertama tadi mengarahkannya pergi ke ATM dan mengikut arahan.

Setelah mengikuti beberapa arahan dalam sekelip mata wangnya dalam akaun AmBank dirompak RM 7500 melalui perbankan internet. Dia nampak pada skrin ATM wangnya dipindahkan ke akaun seseorang.

Setelah disedari ditipu dan dirompak. Dia terus membuat laporan polis dan menyekat akaunnya di bank.

Dua minggu lepas pula ayah saya di Rembau hampir menjadi mangsa serupa. Cuma modus operandinya lain sedikit. Ayah menerima SMS mengatakan dia mendapat hadiah RM 17,000.00 , untuk mendapatkan hadiah tersebut dia perlu pergi ke ATM BSN dan mengikut arahan. Seperti sahabat saya diatas, caranya sama. Mujur akauan dalam akaun pada ketika itu tak sampai RM 20. Pemanggil minta ayah masukkan RM 2000 , tetapi ayah tidak berbuat demikian.

Kemudian ayah membuat laporan polis di Balai Polis Rembau dan menyekat akaun di bank. Menurut polis memang banyak berlaku kes rompakan perbankan internet sekarang ini. Semua golongan terpengaruh dengan penipuan secara ganjaran dan ugutan.

Mereka yang menerima panggilan seperti ini kalau tak tahu nak layan, letak sahaja talipon. Atau minta mereka poskan sahaja saman dan hadiah ke rumah. Jangan berikan butir peribadi seperti No MyKad, Alamat Rumah , Nama Penuh dan sebagainya.

PERSOALANNYA IALAH ?

1. Kenapa nombor telefon Bank Negara begitu mudah di godam ?
2. Kenapa butir peribadi seseorang mudah diperolehi oleh perompak internet ini ?
3. Kenapa sistem perbankan internet di Malaysia ini begitu tidak selamat ?
4. Haruskah perbankan internet di Malaysia ini dihapuskan memandangkan begitu ramai mangsa tertipu ?
5. Apa tindakan Bank Negara dan kerajaan untuk membendung kegiatan ini ?
6. Wang dirompak itu akan dimasukkan ke akaun seseorang. Apakah pihak bank tidak dapat memberi maklumat kepada mangsa atau polis siapa pemilik akaun yang wang dirompak itu dipindahkan ke akaun siapa ?

Thursday, December 17, 2009

WANTED SEDANG DICARI oleh Brader@yahoogroup

skot kita ke nih? ada yg kenal ke
MOHD AL JAFRI  AYUB ( IC NO 720301-08-5817)
By: azidi30
File Name: MOHD AL JAFRI AYUB ( IC NO 720301-08-5817...
Posted: Dec 17, 2009
Resolution: 360x480
Size: 41KB

Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

"Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah"
Ma`al Hijrah 1431H

Awan membiru bumi menghijau, kicauwan suara burung turut berzikir memuji kekuasaan Allah s.w.t. fajar subuh ke magenta magrib melabuh gelap suasana malam. Salah dah silap ku ditahun ini mohon diampun dan maaf ya sahabat...... .semoga cahaya tahun baru memberikan hidayah dan petunjuk ke jalan yang diredoi Allah s.w.t. Salam Ma'al Hijrah 1431H





DOA KHUSUS AKHIR TAHUN - 30 ZULHIJJAH 1430
Khamis 17hb Disember 2009 (selepas waktu `Asar)


Doa Akhir Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa jua dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Amiin...





DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRAH – 1 MUHARRAM 1431
* Doa ini dibaca selepas menyempurnakan solat Maghrib

Doa Awal Tahun


Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAH rahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam. Amiin..



Ta`qabbalallahu mingkum minna wamingkum, taqabbal ya kariim...



* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”



KELEBIHAN PUASA BULAN MUHARAM



Daripada Abi Hurairah Radiallahu anhu ia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Seafdhal – afdhal puasa selepas daripada bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram”. Daripada Ali bin Abi Talib Radiallahu anhu ia berkata : “Seorang lelaki bertanya kepadaku: Bulan apakah yang engkau mahu perintahkan kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?”. Ali Radiallahu anhu berkata : Aku tidak pernah dengar seseorang yang bertanya tentang hal ini kecuali seorang lelaki yang aku dengar ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. pada hal aku sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : Ya Rasullulah bulan apakah yang engkau nak perintah kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan? Rasulullah s.a.w. menjawab : Jika engkau mahu berpuasa selepas bulan Ramadhan maka puasalah pada bulan Maharram kerana sesungguhnya bulan itu adalah bulan Allah.



KELEBIHAN PUASA PADA HARI ASYURA’


Daripada Ibni Abbas Radiallahu anhuma berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah berpuasa pada hari Asyura’ dan memerintahkan manusia supaya berpuasa pada hari itu.. Makna hari Asyura’ ialah hari yang kesepuluh daripada Muharram dan berpuasa pada hari itu adalah sunnat yang dituntuti kerana Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa setahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muasawi. Dan berpuasa pada hari Arafah, Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa 2 tahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muhammad. Pada asal kalimat, berpuasa pada sepuluh hari bulan Muharram adalah perintah wajib. Tetapi, kerana telah di nasakhkan menjadi sunnat, maka perintah puasa pada hari Asyura’ itu amatlah besar pahalanya. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ibnu Abbas r.a pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadhilat yang tidak ada pada hari-hari yang lain selain dari hari ini. Daripada A’isyah Radiallahu anha ia berkata : Adalah hari Asyura’ itu satu hari yang telah berpuasa oleh orang Qurais pada zaman jahiliyyah dan adalah Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah ia pun berpuasa pada hari itu dan ia memerintahkan manusia supaya berpuasa. Apabila puasa bulan Ramadhan telah di fardukan, maka puasa pada hari Asyura’ itu tidak menjadi wajib lagi dan mereka pun meninggalkan amalan berpuasa pada hari Asyura’. Maka barangsiapa menghendaki, hendaklah berpuasa dan barangsiapa tidak menghendaki bolehlah meninggalkannya. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Orang-orang jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah s.a.w dan orang-orang Islam, sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadan, juga berpuasa pada hari tersebut. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah. Sesiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan berbuka.


10 MUHARRAM (HARI ASYURA’) MENINGGALKAN BANYAK PERISTIWA SEJARAH DIANTARANYA:


1) Arasy, kurshi dan Syurga dicipta.
2) Langit, matahari, bulan, bintang dan bumi dicipta.
3) Nabi Adam dicipta dari tanah.
4) Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga.
5) Taubat Nabi Adam diterima ALLAH.
6) Bahtera Nabi Nuh mendarat di bukit Judi.
7) Nabi Ibrahim keluar daripada api.
8) Penglihatan Nabi Yaakub pulih semula..
9) Nabi Yusuf keluar dari perigi.
10) Nabi Ayub sembuh daripada menderita penyakit kulit.
11) Nabi Musa selamat menyeberangi lautan sementara Firaun dan pengikut²nya tenggelam ke dalam lautan Merah.
12) Nabi Sulaiman dikurniakan semula kekuasaan (kerajaan).
13) Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun.
14) Nabi Isa dilahirkan.
15) Nabi Isa diangkat kelangit.
16) Hujan turun buat kali pertama kalinya membasahi bumi.
Posted by مسافر_اسلام at 6:53 AM


http://fajarsubuh. blogspot. com/

SKIM BERKAT


SKIM POTONGAN GAJI
Pembayaran zakat melalui potongan gaji




SKIM BERKAT: HANYA KLIK !

Inovasi terkini dalam menyediakan kemudahan kepada pembayar zakat khusus pembayaran melalui potongan gaji atau lebih dikenali sebagai SKIM BERKAT. Selaraskan Cukai Dengan Zakat - Mengikut Warta Kerajaan bertarikh 1 Januari 2004 kini setiap pembayaran zakat boleh dikurangkan daripada Potongan Cukai Bulanan.


LEBIH BERKAT
  • Tertunai kewajipan berzakat yang menjadi rukun Islam ketiga
  • Zakat diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan
  • Pahala amal jariah yang berterusan & berkekalan
  • Zakat diagihkan untuk kepentingan umat Islam
  • Zakat membersihkan jiwa dan harta

LEBIH MUDAH
  • Anda hanya perlu membuat arahan potongan gaji dan pembayaran zakat akan diuruskan oleh majikan kepada Lembaga Zakat Selangor
  • Tidak perlu bersesak di jalanraya atau di kaunter zakat
  • Tidak mengalami masalah tempat meletak kereta yang terhad
Selain mengisi borang secara manual, skim berkat kini boleh dibuat menerusi portal LZS. Sila isi maklumat anda pada borang maya tersebut. Seterusnya, 3 salinan dicetak untuk simpanan pembayar dan 2 salinan lagi untuk pihak majikan dan LZS, sila serahkan kepada Bahagian Sumber Manusia ataupun Unit Gaji.


TIDAK MEMBEBANKAN
  • Tidak perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar sekali gus untuk membayar zakat
  • Mengeluarkan wang secara ansuran lebih meringankan dan tidak begitu dirasai
  • Bagi anda yang layak dikenakan PCB, anda tidak memerlukan sumber wang yang lain untuk menunaikan zakat kerana anda boleh membuat pelarasan atau memindahkan sebahagian daripada potongan PCB anda kepada zakat

PANDUAN PENYERTAAN SKIM BERKAT - (PEMOHON)


Borang Skim Berkat



E-Zakat Online



PANDUAN PENYERTAAN SKIM BERKAT - (MAJIKAN)


Manual Panduan Skim Berkat



Borang Pendaftaran Majikan Baru



Borang Bayaran Skim Berkat



malam pertama

malam pertama kita di dlm .....

(baca sehingga abis)


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.



Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke



''Malam Pertama Kita''

Kedai serbaneka halal.... projek pencen yg nih pun ok gak skot


Beroperasi selama 17 jam sehari, kedai serbaneka ie-mart menjalankan perniagaan berasaskan hukum syarak untuk pengguna Muslim.



Semasa membeli-belah barangan keperluan dapur di pasar raya atau kedai serbaneka, pernahkah kita bertanya sejauh mana sucinya sesuatu produk yang dijual?
Bagi pengguna Muslim, suci atau bersihnya sesuatu produk itu penting kerana ia sebahagian daripada garis halal yang perlu diketahui.
Bukan sahaja barangan berasaskan makanan, malah produk pengguna lain juga perlu melepasi tahap kesucian ini misalnya sabun mandi, serbuk pencuci, kosmetik, barangan kebersihan diri sehinggalah pakaian.
Mungkin kerana pembungkusannya yang cantik atau dikeluarkan oleh syarikat besar, maka kita beranggapan faktor bersih dan suci itu telah dipatuhi hinggakan tidak mengambil kira tentang kesahihan label halalnya.
Isu berhubung halal haram sentiasa menghantui pengguna Muslim terutama beberapa pendedahan media sebelum ini misalnya mengenai tahap kebersihan sebuah kilang roti, pusat penyembelihan ayam yang meragukan dan pusat memproses tauhu kering yang terletak bersebelahan kandang anjing.
Walaupun telah ada syarikat milik orang Islam mengeluarkan produk-produk pengguna seperti ini, tetapi adakalanya faktor pemasaran menyebabkan ia sukar dicari pembeli. Jika ada dijual di pasar-pasar raya besar, susun aturnya pula tersorok di sebalik jenama lain.
Menyedari ada keperluan dalam kalangan pengguna-pengguna Muslim tempatan, Koperasi Halal Hub Kedah Berhad (Kohalal Hub) tampil dengan kedai runcit yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim.
Konsep kedai serbaneka dengan nama 'ie-mart' (sebutannya i-mart) yang seumpamanya ini mula diperkenalkan pada April lalu bagi memasarkan barangan runcit halal di bawah satu bumbung.

DARI kiri: Ahmad Khir (penyelia kedai), Jamaluddin dan Mohd. Nasir bergambar di hadapan kedai serbaneka ie-mart di Pusat Perniagaan Putra, Kulim, Kedah.


Berbeza dengan kedai serbaneka biasa, ie-mart menjalankan perniagaan selama 17 jam sahaja bermula pukul 7 pagi hingga 12 malam.
Beroperasi di Pusat Perniagaan Putra, dekat Kulim, Kedah, konsep ie-mart yang menjalankan perniagaan berasaskan produk Muslim kepada pengguna beragama Islam ini pantas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna-pengguna setempat.
Bertitik-tolak daripada ini, cawangan kedua mula beroperasi di Sungai Petani awal bulan lalu. Ia bakal disusuli tiga cawangan lain iaitu di Kedah (Alor Setar) dan Pulau Pinang (Bukit Mertajam dan Balik Pulau) dalam masa terdekat.
"Maklum balas yang diterima meyakinkan Kohalal Hub untuk mengorak langkah membuka lebih banyak cawangan kedai serbaneka ie-mart di seluruh negara," ujar Pengerusinya, Mohd. Nasir Yusoff.
Bersama dua rakannya, Mohd. Azman Mohamad yang juga bendahari Kohalal Hub dan Jamaluddin Ahmad selaku pengurus pemasaran, mereka berkongsi idea menubuhkan koperasi ini.
Menurut beliau, Kohalal Hub merupakan antara koperasi pertama di Malaysia mewujudkan peruncitan islamik yang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kemahiran tempatan dalam operasi koperasi.
Katanya, menggunakan tagline 'Peneraju Halal-Hub', misi perniagaan mereka ialah bagi menjalankan muamalah bersama ahli dan pihak-pihak lain secara koperasi.

HAMPIR 80 peratus produk di ie-mart merupakan hasil pengeluaran IKS Muslim tempatan.


"Dengan kedai serbaneka ie-mart, Kohalal Hub berhasrat menyediakan perkhidmatan runcit yang kukuh dan diyakini berlandaskan hukum syarak agar dapat memberikan keuntungan dan haiyah taibah (kehidupan yang baik) kepada ahli-ahli koperasi
"Melalui rantaian niaga pula, kita ingin tingkatkan ekonomi masyarakat Islam tempatan melalui produk makanan halal supaya setanding dengan keluaran produk sedia ada di pasaran dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi," jelasnya.
Seperti kedai serbaneka lain, ia menawarkan kira-kira 1,000 item keperluan seperti barangan dapur, produk herba, produk kesihatan, makanan kering dan basah termasuklah serbuk pencuci serta haruman, tetapi semuanya halal dan suci.
Hampir 80 peratus barangannya merupakan produk IKS Muslim tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha IKS dari negeri Utara tanah air dan Johor. Kesemuanya mendapat status halal daripada Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) selain yang dihasilkan sendiri secara kecil-kecilan di rumah seperti kuih muih sejuk beku segera.
Menurut Mohd. Nasir, melalui perniagaan runcit ini, Kohalal Hub memasarkan produk-produk IKS Muslim ini secara sistematik selain menjamin kebersihan dan kesucian produk-produk yang dihasilkan sama ada produk perniagaan atau perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Sebenarnya ada banyak produk halal keluaran IKS bumiputera Muslim tempatan yang kualitinya setanding dengan jenama lain tetapi pada harga lebih murah sesuai dengan ekonomi semasa pengguna.
"Dengan pelan pemasaran yang strategik termasuk pemilikan Pusat Hub Halal, objektif untuk meningkatkan ekonomi masyarakat Islam umumnya dan ahli koperasi khususnya, membantu meningkatkan tabungan dan simpanan anggota koperasi melalui program perniagaan boleh dicapai," jelasnya.
Bagi meluaskan lagi konsep ie-mart, Kohalal Hub menawarkan konsep pemilikan cawangan ala francais kepada mereka yang berminat menceburi perniagaan runcit ini.
Rantaian operasinya ialah menerusi usahawan rakan niaga (ie-mart), usahawan Muslim (Kohalal Hub), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seterusnya kepada pemilik (usahawan) sekali gus menjadikannya sebagai kerjaya pilihan.
"Secara tidak langsung lebih ramai usahawan Muslim dapat dihasilkan melalui program rakan niaga ini. Lantaran itu, dapat memacu ekonomi masyarakat Islam," jelas Pengurus Pemasaran Kohalal Hub, Jamaluddin Ahmad.

KEDAI ie-mart menawarkan kira-kira 1,000 item keperluan seperti barangan dapur, produk herba, makanan kering dan basah.


Menerusi pakej niaga yang disediakan, ia terbuka kepada usahawan atau bakal usahawan peruncitan untuk membuka kedai serbaneka berkonsepkan produk Muslim di seluruh negara.
Menjelaskan lebih lanjut katanya, empat pakej ditawarkan mengikut kemampuan peserta iaitu pakej A bagi modal permulaan RM10,000, B (RM30,000), C (RM60,000) dan D (RM200,000).
Menurut Jamaluddin, modal bagi pakej A dan B dibiayai oleh usahawan. Sementara itu, bagi mereka yang ingin membuat pinjaman bagi pakej C dan D, hendaklah mempunyai modal permulaan kira-kira 30 peratus dengan urusan pinjaman dibantu oleh koperasi.
"Modal RM10,000 misalnya sesuai bagi mereka yang hendak berniaga secara kecil-kecil seperti menggunakan motosikal roda tiga atau mini van terutama di kawasan perumahan.
"Modal RM30,000 sesuai untuk kios kecil seperti di pasar awam manakala RM60,000 untuk gerai kecil dan modal RM200,000 pula bagi sebuah kedai serbaneka lengkap.
"Kos ini bagaimanapun hanyalah bagi produk-produk runcit yang dibekalkan sahaja. Tetapi selaku ahli Kohalal Hub, kita akan pastikan peserta mempuyai rancangan perniagaan, selain pemilihan lokasi yang baik," katanya.
Menjelang tahun hadapan, Kohalal Hub menyasarkan untuk membuka kira-kira 50 hingga 100 kedai serbaneka ie-mart di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan angka ini boleh dicapai berdasarkan permintaan yang diterima setakat ini.
Ditanya tentang kemampuan bekalan, Jamaluddin berkata, sebuah Pusat Pengumpulan Bekalan yang diberi nama Pusat Halal Hub telah dibuka di Shah Alam, Selangor, sebelum tiga lagi dibuka iaitu di Kedah, Johor dan Kelantan.
"Selain merealisasikan harapan dan dasar kerajaan bagi menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, misi Kohalal Hub ialah agar pengguna-pengguna Islam dapat menikmati perkhidmatan penyediaan produk-produk halal daripada rangkaian usahawan Muslim sendiri," ujar nya.

Burung Walit.. menarik projek nih skot

Harga cecah RM10,000 sekilogram

Di sebalik kerancakan industri sarang burung walit yang kini mencecah RM1 bilion ringgit setahun, beberapa isu berbangkit dilihat akan mempengaruhi pembangunan industri tersebut di Malaysia.



MASALAH pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar dilihat mampu menggugat perkembangan industri tersebut. Kekangan itu dibuat berikutan burung walit didakwa menggugat populasi penduduk di sekitarnya, terutama dari aspek risiko penyakit yang dikaitkan dengan haiwan tersebut.
Masalah pengurusan dan pemantauan juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terlibat. Justeru, ia menimbulkan dilema di kalangan pedagang sarang burung walit.

KIRI ATAS: KEBANJIRAN premis yang menjadi lokasi penternakan burung walit meresahkan ramai pihak.
KANAN ATAS: BURUNG walit dewasa menggunakan air liurnya untuk membina sarang yang terletak di bahagian siling bangunan,
BAWAH: SARANG burung yang telah sempurna perlu diasingkan bulunya.


Masalah itu amat ketara di Sarawak, lokasi di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar. Sedangkan pada masa yang sama, negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung 'haram' yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berkuasa.
Persoalannya, sejauh manakah benarnya andaian itu dan apakah jalan penyelesaian terbaik supaya hasrat kerajaan untuk memperkasa industri burung walit tidak berkubur di tengah jalan?
Isu pelesenan
Apakah ia relevan untuk dilihat dalam konteks kenegerian? Atau isu itu merupakan masalah yang harus ditangani secara holistik melalui kerjasama dan persefahaman yang seiring antara agensi berkaitan dengan kerajaan negeri terbabit?

BURUNG walit dewasa menggunakan air liurnya untuk membina sarang yang terletak di bahagian siling bangunan,


Isu pelesenan rumah burung bermula apabila pihak berwajib melakukan operasi membersihkan premis burung walit di Mukah, Sarawak pada Oktober tahun lalu. Ia dilihat membuka mata umum mengenai kewujudan industri sarang burung walit.
Turut dipersoal, cara operasi itu dilakukan. Anak burung walit iaitu spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972, dibiarkan mati dari sarang yang dirampas seperti disiarkan di laman youtube.com.
Rentetan daripada operasi itu, isu tersebut mula dibangkitkan oleh Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Mukah, diikuti Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Sibu dan Sarikei. Mereka meminta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Pemilik premis burung walit dikatakan mahu terus beroperasi di premis sedia ada. Kebanyakannya adalah lot rumah kedai terbengkalai yang kemudian membawa hasil yang sangat lumayan kepada pedagang burung walit.
Dibangunkan secara terkawal
Sarang burung walit di negara ini dikatakan berkualiti tinggi. Ia mendapat sambutan menggalakkan di pasaran China dan Arab. Harganya dilaporkan mencecah RM10,000 sekilogram.
Namun di sebalik potensi itu, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan spesies itu diternak di kawasan bandar, kecuali habitat asalnya seperti gua. Ini menyukarkan keadaan bagi industri burung walit.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menegaskan bahawa kerajaan negeri mahu industri sarang burung walit dibangunkan secara terkawal mengikut undang-undang yang ada.
Len Talif berkata, kira-kira 100 lesen diluluskan daripada antara 600 hingga 700 permohonan yang diterima sejak Mei lalu.
"Kebanyakan lesen diluluskan itu melibatkan old-player (pengusaha lama) yang memenuhi syarat. Selebihnya ditolak kerana premis burung itu terletak di kawasan bandar," kata Len Talif kepada Bernama ketika dihubungi di pejabatnya di Kuching baru-baru ini.
Beliau berkata, penguatkuasaan akan tetap diteruskan sehinggalah isu itu selesai sepenuhnya.

BURUNG ini mampu memberi pulangan yang sangat lumayan kepada pengusahanya.


Sumber industri melihat pemberian lesen sebagai perkembangan yang positif. Jika dibandingkan dengan keadaan sebelum Mei lalu, hanya dua daripada lebih 1,500 premis burung walit di negeri itu mempunyai lesen.
Pemberian lesen oleh Jabatan Hutan dan Kontroler Hidupan Liar Sarawak melibatkan pedagang sarang burung dari Mukah, Bintulu, Kuching, Kota Samarahan dan Sarikei. Ia meliputi kawasan pertanian yang telah dikenal pasti.
Pengusaha juga perlu mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta pihak berkuasa tempatan.
Satu berita baik adalah kerajaan negeri juga akan membina tiga taman eko (eco-park) burung walit di Mukah, Sarikei dan Bintulu untuk dijual atau disewakan kepada pihak yang berminat.
Kelonggaran untuk beroperasi
Namun kesangsian terhadap jaminan burung akan singgah dan bersarang di taman eko yang dibina, selain faktor birokrasi, menyebabkan sebilangan besar pemilik rumah burung mahu kerajaan negeri memberi kelonggaran beroperasi di premis sedia ada.
Mereka juga berharap kerajaan negeri mengguna pakai garis panduan penternakan seperti Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) Burung Walit, yang membolehkan pedagang sarang burung walit di Semenanjung membina premis burung di kawasan bandar.

SARANG burung walit yang telah dikumpul perlu diproses sebelum boleh dijual.


"Kami akan ikut garis panduan ini," kata pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Sarikei, Wong Hua Ting.
'Permintaan' itu nyata menimbulkan situasi bertentangan antara pihak kerajaan negeri yang bertegas premis burung walit hanya boleh dibina di tanah pertanian atau taman eko yang disediakan.
Keadaan itu pasti akan menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat. Terutama apabila terdapat hujah mengenai ancaman penyakit yang melibatkan spesies burung itu.
Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan daripada lebih daripada 5,000 ujian dilakukan, spesies burung walit didapati bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam.

PELESENAN yang sistematik perlu bagi memangkin pembangunan industri ini. - Gambar hiasan


Pendaftaran dengan JPV
JPV adalah agensi peneraju industri burung walit negara sejak status itu diputuskan oleh Kabinet pada April lalu. JPV sedang menyiapkan garis panduan penternakan burung walit yang akan dibawa ke perhatian Jawatankuasa Pemandu Mengenai Industri Walit Negara pada 14 Disember ini.
Garis panduan yang dikenali sebagai 1GP itu mewajibkan setiap premis burung walit didaftarkan dengan JPV. Namun sebelum garis panduan itu diterima pakai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini, ia akan dibawa ke perhatian Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka pada Mac depan.
"Garis panduan ini akan menjadi standard untuk semua PBT. Ia akan membantu para pedagang dan pemilik rumah burung untuk menceburi bidang ini dengan lebih teratur," kata Pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung walit, Datuk Beh Heng Seong.

SALAH sebuah rumah burung walit yang dibina di atas tanah berstatus pertanian di Mukah, Sarawak.


Tiada lagi rampasan
Mengenai garis panduan itu, Len Talif berkata kerajaan negeri Sarawak akan menerima garis panduan tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan ordinan negeri yang akan terus dikuatkuasakan.
Difahamkan juga bahawa operasi penguatkuasaan di Sarawak tidak lagi akan merampas sarang burung. Sebaliknya, kompaun dikenakan manakala peralatan berkaitan akan dirampas. Ia bagi mengelakkan berlakunya populasi burung bersarang di bangunan berdekatan.
Perkembangan itu dilihat sebagai indikasi positif dalam cara penguatkuasaan dilakukan. Namun ia bukanlah lesen untuk semua pihak terus membina premis burung tanpa kelulusan sah.
Apa yang pasti, hasrat kerajaan untuk mempunyai 100,000 ladang burung walit dengan pengeluaran 500 tan sarang burung setahun bernilai RM5 bilion menjelang 2020 tidak akan menjadi kenyataan, selagi isu pelesenan tidak diselesaikan segera.
Kerjasama semua pihak termasuk agensi berkaitan, kerajaan negeri dan pedagang sarang burung perlu untuk menjayakannya. Itu pun jika negara mahu menjadi pengeluar utama sarang burung walit, setanding dengan Indonesia dan Thailand.

2,749 minit media bersama tentera

2,749 minit bersama tentera

Pengalaman menjalani kehidupan sebagai anggota platun infantri yang melaksanakan operasi dalam peperangan menentang insurgensi memberi keinsafan kepada saya betapa dalam lena dibuai mimpi di keselesaan rumah, ada anggota tentera yang sanggup bersengkang mata demi memastikan tidur kita tidak terganggu oleh anasir jahat yang menjejaskan ketenteraman awam.



DI satu lokasi di Tasik Temenggor, sebuah bot pancing yang dinaiki sekumpulan VIP tenang melayan joran masing-masing. Namun, ketenangan itu tidak lama apabila sekumpulan lanun menyerang dan menculik mereka.
Tebusan disembunyikan di dalam bangunan di sebuah pulau kecil. Pihak kerajaan meminta pasukan keselamatan melalui Regimen Gerak Khas (RGK) menjalankan operasi menyelamat.



Dengan menggunakan skil dan peralatan tentera yang moden dan canggih, satu serangan mengejut dilaksanakan untuk membebaskan tebusan.
Dalam operasi itu, aktiviti menyusup masuk ke bangunan tersebut dilaksanakan oleh pasukan perenang tempur yang menggunakan teknik Halo Casting dan menaiki bot Zodiac (CCBA).

PENULIS (belakang, kanan) bersama anggota media lain dalam Platun C.


Atur gerak menyelamat tebusan pula menggunakan teknik fast roping (dengan kerjasama TUDM menerusi penggunaan helikopter Nuri), Rapid Touch n go menerusi penggunaan helikopter Agusta, bot RIRC dan jet ski. Teknik-teknik lain yang digunakan adalah Spie Rig dan Winching di dalam air serta Fast Recovery.
Akhirnya, tebusan berjaya diselamatkan, lanun ditangkap dan bangunan diletupkan. Itulah antara ringkasan demonstrasi serangan mengejut untuk membebaskan tebusan yang diadakan dalam program bersama media peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 11 hingga 13 Disember 2009 yang lalu. Kesemua 71 wakil media menyaksikan demonstrasi itu dari sebuah pontun.

LEFTENAN Shaiful Bahri (berdiri,kiri) mengetuai Platun C.


Turut menyaksikan 'adegan cemas' itu ialah Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Selesai demonstrasi, wakil media dibawa masuk ke hutan Royal Belum untuk merasai sendiri kehidupan sebenar anggota tentera dalam melaksanakan tugas.
Memperingati Pengorbanan
Ketua Staf Markas 8 Briged, Leftenan Kolonel Hafizueddin Jantan, berkata, program yang dinamakan 2749 Minit Menghayati Suasana Di Dalam Hutan itu merupakan program tahunan bertujuan memperingati pengorbanan dan perjuangan pasukan keselamatan terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara semasa menentang insurgensi.
Menurutnya, ia juga diadakan untuk mengeratkan hubungan antara ATM dan media sekali gus mencorakkan imej yang baik dalam kalangan warga ATM di mata masyarakat umum.
"Selain itu, ia diadakan untuk meraikan kejayaan 20 tahun ATM bebas daripada ancaman pengganas komunis dan sempena hari ulang tahun ATM yang ke-76," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Royal Belum, Perak baru-baru ini.

PENEMBAK tepat dari Rejimen Gerak Khas.


Pengalaman Berharga
Tahun ini adalah giliran Markas Tentera Darat Malaysia untuk menganjurkan program tersebut. Konsep yang dipilih adalah 'Sehari Menghayati Suasana Operasi' dan belantara Royal Belum menjadi pilihan penganjur bagi tujuan tersebut.
"Program ini dianjurkan secara bergilir antara Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," katanya..

HELIKOPTER Nuri digunakan untuk membawa tebusan ke tempat selamat.


Jumlah anggota yang terlibat adalah 38 pegawai dan 585 anggota lain-lain pangkat termasuk dari 21 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja), 11 RGK, 4 Rejimen Sempadan (RS) Kem Gerik, Markas Taktikal (MK Tak) 749 Kem Banding, 16 RAMD, Unit Anjing Perang Pulada, Markas 2 Divisyen, serta pasukan perubatan ATM. TUDM turut memberi kerjasama melalui penggunaan helikopter Nuri dalam demonstrasi pada hari kedua program, 12 Disember 2009.
Penulis berasa bertuah kerana dapat mengikuti program tiga hari dua malam itu. Walaupun beberapa aktiviti terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa, namun keseluruhan program berjalan lancar. Sungguhpun begitu, tanggungjawab sosial terhadap masyarakat masih sempat diadakan menerusi program bersama penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Kejar, Tasik Temenggor. Dalam aktiviti itu, Azizan menyampaikan sumbangan makanan kepada penduduk.
Secara peribadi, penulis mendapati program seperti itu memberi manfaat kepada semua wakil media yang menyertainya. Lebih penting, wakil media dapat merasai sendiri keperitan dan pengorbanan para anggota keselamatan yang bertugas setiap detik dan waktu.
Malah selepas program berakhir, saya menyimpulkan bahawa kerjaya sebagai anggota tentera bukanlah satu tugas yang mudah. Bukan calang-calang orang yang sanggup menempuh kehidupan sebagai anggota tentera terutama bagi yang menjalankan operasi di dalam hutan, mahupun mengikuti latihan selama berbulan-bulan di belantara tebal.



"Kami (pihak penganjur) memang sengaja menyusun aktiviti seperti ini bagi memberi peluang kepada wakil-wakil media menghayati sendiri suasana operasi di dalam hutan. Kepayahan dan kegetiran yang dilalui anggota tentera sepanjang menjalankan tugas diharap dapat memberi keinsafan kepada masyarakat menerusi laporan media yang ditulis kelak.
"Kami mahu menekankan bahawa dalam keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati negara sekarang, terdapat anggota tentera yang sanggup bertugas sepanjang masa demi mencegah sebarang ancaman keselamatan," ujar Hafizueddin.
Bagi memastikan program itu benar-benar berkesan, kesemua wakil media menyarung pakaian No.5 (celoreng) sepanjang menjalani kehidupan sebagai anggota tentera dalam program ini.
Beri Keinsafan
Selain itu, wakil media turut diberi peluang melalui sendiri pengalaman sebagai anggota platun infantri yang melaksanakan operasi dalam peperangan melawan insurgensi dengan membina pangkalan dan bermalam di dalam hutan. Saya ditempatkan di dalam Platun C (Platun Kuning) yang diketuai oleh Leftenan Shaiful Bahri Ihsan dan dibantu oleh Sarjan Roslim Abu dari 21 RAMD.

ADEGAN cemas VIP diculik oleh sekumpulan lanun di Tasik Temenggor.


Walaupun keletihan menguasai diri kerana terpaksa 'berjemur' di tengah mentari dalam perbarisan perasmian dan penutup program, menaiki bot tempur ke kawasan demonstrasi dan kem pangkalan di Royal Belum selama berjam-jam (juga di tengah terik mentari yang membakar kulit), bangun awal pagi untuk menjayakan setiap aktiviti yang telah disusun kemas oleh pihak penganjur dan tidur lewat malam bagi mendengar taklimat dan memeriahkan majlis makan malam barbeku, namun kami puas hati kerana dapat mengumpul sekelumit pengalaman yang amat berharga.
Dalam pada itu, pengalaman melakukan sentri pada awal subuh turut mencabar keberanian wakil media terutama wakil media wanita yang sanggup berkorban waktu tidur bagi menjayakan setiap aktiviti yang telah disusun.
"Kak Ana...giliran sentri pukul 2 sampai 3 pagi ya...,nanti saya kejutkan akak dari tidur,'' kata Ketua Platun Kuning, Raja Syahrir Raja Abu Bakar, wartawan akhbar Utusan Malaysia kepada saya. Saya bersama Rajmah Hasan (wartawan Utusan Malaysia) mengambil keputusan untuk terus berjaga menanti giliran sentri. Bimbang jika tertidur, 'liat' pula nak meneruskan tugas yang telah diamanahkan. Pengalaman itu ternyata memberi keinsafan kepada saya dan rakan-rakan media betapa dalam lena dibuai mimpi di keselesaan rumah, ada anggota tentera yang sanggup bersengkang mata demi memastikan tidur kami tidak terganggu oleh anasir jahat yang menjejaskan ketenteraman awam.
Ini membuatkan kami berasa terharu dengan pengorbanan yang telah dilakukan. Justeru, tentunya program seumpama itu perlu diadakan pada setiap tahun. Bukan sahaja ia boleh merapatkan hubungan erat media dan ATM, malah ia boleh memberi pengetahuan berguna kepada media dalam menulis laporan mengenai pasukan keselamatan negara.
"Kami harap selepas program ini, pihak media lebih memahami tanggungjawab yang dipikul oleh pasukan keselamatan. Kami juga berharap laporan yang melibatkan ATM dapat disampaikan kepada masyarakat dengan adil dan bertanggungjawab," ujar Hafizueddin mengakhiri temu bual.

Tuesday, December 15, 2009

what is white phosphorus! and the effect!

Send to whole world
The below photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers.... its a school in Gaza ..  this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!
 

( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )
b781f7.jpe
b78207.jpe
b78216.jpe
b78226.jpe
b78235.jpe
b78245..jpe
b78255.jpe


b78264.jpe
b78274.jpe
b78284.jpe
b78293.jpe
b782a3..jpe
b782b2.jpe
b782c2.jpe
 b782e1.jpe
b782f1.jpe
b78301.jpe
b78310.jpe
b78320.jpe
 b7833f.jpe
b7834f.jpe
b7835e.jpe
b7836e.jpe
b7837e.jpe
b7838d.jpe
 b783ac.jpe
b783bc.jpe
b783cc.jpe
b783db.jpe
b783eb.jpe
PLEASE PASS THIS INFO.. LET THE WORLD KNOW
The funniest thing is that Israel resently wants inquiry about Human Rights vialation by Sri Lankan govenment in the war against LTTE terrorists.

CHAT kAT siNi sKOt

panduan menjana pendapatan hebat di eBay Percuma!!!
Free chat widget @ ShoutMix

Find more photos like this on segenting camp