200,000 kakitangan awam naik gaji
PUTRAJAYA: Lebih 200,000 kakitangan awam mendapat durian runtuh apabila kerajaan bersetuju memberi kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun serta menggubal dua skim baru dan menaik taraf lapan skim perkhidmatan, mulai 1 Julai ini.
Kenaikan pangkat secara KUP itu turut meliputi kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan, manakala skim baru membabitkan Pegawai Penyediaan Makanan dan Pembantu Laut.
Lapan skim perkhidmatan yang akan dinaik taraf pula termasuk Operator Mesin Prosesan Data, Pembantu Tadbir Rendah dan Jaga.
Mengumumkannya pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah itu sebagai penghargaan kerajaan terhadap sumbangan kakitangan awam selama ini.
Beliau berkata, 176,066 pegawai kumpulan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara KUP, manakala 20,637 lagi penjawat awam terbabit dalam pelaksanaan dua skim baru dan lapan skim yang akan dinaik taraf.
"Keputusan kerajaan ini akan membabitkan kos sebanyak RM170.4 juta," katanya pada majlis anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet dan Presiden Cuepacs, Omar Osman.
Sementara itu, surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam menjelaskan, kenaikan pangkat secara KUP itu turut diperluaskan kepada kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan.
"Bagaimanapun, keputusan ini tidak menjejaskan urusan kenaikan pangkat bagi mengisi kekosongan hakiki yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan," katanya.
Ismail berkata, kenaikan pangkat bagi kumpulan berkenaan juga mempunyai lima syarat lain termasuk memperoleh markah 80 peratus ke atas bagi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga tahun terkini serta lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Bagaimanapun, kenaikan pangkat itu tidak membabitkan pegawai dalam Skim Lepasan Diploma yang mempunyai kaedah kenaikan pangkat lain.
Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapannya, mahu kakitangan awam menumpukan usaha meningkatkan produktiviti berasaskan inovasi dan ekonomi pengetahuan, sekali gus mampu menambah hasil negara.
Beliau berkata peningkatan hasil negara juga membolehkan pendapatan pekerja ditingkatkan secara lonjakan berganda.
"Saya bukanlah orang yang tidak prihatin terhadap pekerja. Rekod saya selama ini di Kementerian Pertahanan, tanyalah perajurit kita. Di Kementerian Pelajaran, tanyalah guru-guru apa yang saya telah buat, tak pernah dalam sejarah ada kenaikan pangkat berasaskan tempoh.
"Sayalah orang pertama memperkenalkan 'time-based promotion'. Bermakna kita sentiasa (memikirkan) bagaimana untuk mempertingkatkan (pendapatan) tetapi pokoknya, produktiviti dan hasil negara juga mesti ditingkatkan," katanya.
Beliau berkata, kerajaan boleh menjadi popular jika menaikkan gaji kakitangan awam setiap tahun, tetapi langkah itu tidak boleh dilakukan.
"Bagaimanapun, jika hasil negara meningkat, kerajaan tentu tidak akan melupakan pekerja. Cuepacs minta (kenaikan gaji), pejam mata pun saya boleh luluskan, tak payah dia nak lambung (puji) saya katakan saya Perdana menteri yang segak dan ceria," katanya berseloroh.
Perdana Menteri juga berkata, penjawat awam dan anggota pentadbiran perlu bekerjasama secara dua hala dengan masing-masing saling menjaga kepentingan.
"Kita perlu melihat keseluruhan hala tuju negara dan perlu sama-sama faham. Kerajaan perlu faham denyutan nadi rakyat," katanya.
Blog ini adalah untuk membantu memasarkan produk jualan kawan dan sahabat lama di Armed Forces Apperantice Trade School pada 1988-1990. Semoga support anda kepada kami mendapat balasan kebaikan dari Allah SWT
Thursday, May 14, 2009
Friday, May 1, 2009
Minat dalam bidang PERTAHANAN?
Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.
Syarat-syarat:
1. Bumiputra dan bukan bumiputra
2. Tidak Rabun Warna , Lelaki / Perempuan
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-40 tahun
Kelebihan:
1. Kerja di Jabatan kerajaan (Pakej Pencen Seumur hidup)
2. Gaji pokok : RM5,800.00 (Perlindungan insuran hospitalization penuh dan insuran nyawa)
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM1000
5. Uniform: RM850
6. Dobi RM600
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas
Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar sais 3R pada 08 May 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.
Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 30 hari dari surat tawaran jawatan.
Keterangan Lanjut sila lihat lampiran dibawah
LAMPIRAN SILA KE BAWAH.
Jawatan:
1. Power Rangers (Cawangan Putrajaya)
2. Kamen Riders (Cawangan Sabah & Sarawak)
3. Ultraman (Cawangan Kuala Lumpur dan Pantai Timur)
4. Sailormoon (wanita shj, cawangan seluruh Malaysia)
5.SURIA PERKASA HITAM (Cawangan International)
Subscribe to:
Posts (Atom)