Tuesday, September 9, 2008

Pesanan Kepada Mereka Yang Saling Mencela

Sahih Muslim Hadith 1473 :
====================
Dari Abu Hurairah ra :
Rasulullah SAW bersabda :
Dua orang saling memaki, dosanya atas orang yang memulakan, selama yang dimaki itu tidak membalas berlebihan.
Sabda Rasulullah SAW :
Apabila seseorang mencaci keburukan mu, JANGANLAH kamu mencacinya kembali.
Kerana pahalanya untuk kamu, dan kecelakaan untuk nya.
( Petikan : Hadith 2 Hukum - ms 19 )
Sabda Rasulullah SAW :
Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, beginya pahala sebanyak pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangkan pahala mereka..
Sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, beginya dosa sebanyak dosa orang yang mengikutinya, tanpa dikurangkan dosa mereka..
( Petikan : Hadith 2 Hukum - ms 19 )
SodaqaRasulullah SAW
Firman Allah SWT :
Aku berlinding dengan Allah dari syaitan yang direjam
Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.
[8.48] Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".
[7.38] Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: "Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka". Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui".
[7.39] Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
SodaqaAllahul3adzim
WAllahua'lam

No comments:

CHAT kAT siNi sKOt

panduan menjana pendapatan hebat di eBay Percuma!!!
Free chat widget @ ShoutMix

Find more photos like this on segenting camp